Sunday 28 March 2010

Ezam mula menjilat

"Kesian Ezam" itulah perasaan saya apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut beliau semasa menonoton berita TV3 pukul 8.00 malam. Bukan main pujian yang di berikan kepada Perdana Menteri. "hebat dan ihklas" katanya kepada PM. PM seharusnya takut kepada pengikut yang seperti ini. Pandai bermuka-muka dan menggambarkan sikap seorang munafik. Kalau dulu beilau seorang yang pernah mencabar PM bertanding dalam Parlimen Pekan dan menghentam isteri beliau kerana boros dan menghabiskan wang rakyat. Mengapa Ezam, apa sudah jadi dengan kamu? Hidup tanpa iman memang begitulah rupanya.

Monday 1 March 2010

Peribumu Sarawak bakal jadi seperti Red Indian di Amerika.

Sewaktu mula-mula meninggalkan bumi sarawak sekitar tahun 1989, saya tak merasa apa-apa tentang bumi tercinta saya. Kali terakhir saya kembali ke kampung halaman saya di Punggu dadak ialah pada 28hb.Januari 2010. saya balik kerana menziarahi makam ayah yang meninggal pada hari yang sama.

Sepanjang berada di Sarawak selama empat hari banyak penemuan yang saya perolehi dan analisis tentang pemerintahan Taib Mahmud. Kalau tak silap beliau memerintah hampir tiga dekad. sebelum saya mengambil tahu tentang peranan orang politik di dalam pentadbiran sesebuah negeri atau negara, saya merasa bangga kerana beliau adalah dari parti Barisan Nasional.Kebetulan pada waktu itu saya adalah salah seorang yang di golongkan di kalangan pengundi RM50.00. Kesedaran untuk mengeluarkan diri dari terus tersenarai di kalangan pengundi yang di beli dengan harga hanya RM50 apabila saya berhijrah ke Semenanjung Malaysia. Di waktu itu saya kerap datang ke ceramah parti politik yang di anjurkan oleh PAS di samping mendengar media propaganda BN yang di pimpin oleh UMNO.