Wednesday 24 November 2010

UMNO DAN KEBEBASAN MEDIA

Isu kebebasan Media timbul pada persidangan DUN Kedah apabila MB kedah tidak membenarkan beberapa media putar belit masuk ke dalam Dewan sidang DUN untuk membuat liputan. MB Kedah berbuat di tuduh tidak memperdulikan mangsa banjir semasa banjir baru-baru ini. Speaker hanya membenarkan beberapa media masuk untuk membuat liputan antaranya ialah Harian Sinar.

Hanya Harian Sinar yang melaporkan berita dengan adil.Tahniah dan terimakasih Harian Sinar.Apakah yang di maksudkan dengan kebebasan media di pihak UMNO.Apakah selama ini mereka tidak mendapat liputan? Sepanjang pemerhatian rakyat Malaysia Mb Kedah langsung tidak mendapat liputan sepanjang beliau turun padang meninjau mangsa banjir.Inilah politik media Malaysia di mana amalan hariannya ialah mengangkat bakul di sebelah pihak dan dalam masa yang sama membunuh pihak yang satu lagi.Mengapa ini berlaku? Ini kerana memang sifat UMNO begitu.Tak kisahlah mahu mengkritik mana-mana pihak tetapi hendaklah juga menyiarkan berita baik yang di lakukan oleh orang yang sama.

Media tidak di gunakan untuk tujuan murni tetapi untuk menyampaikan propaganda.Media yang di kuasai UMNO hanya bertindak mengekalkan atau menaikkan mereka yang kuat.Cara ini telah menyebabkan orang Melayu tidak bijak dalam menerima perbezaan pandangan.Baik media baiklah rakyat dan negara.

Monday 22 November 2010

BIARKAN ZAID IBRAHIM PERGI

Pergilah Zaid kemana kamu nak pergi.Kalau kamu rasa kuat tubuhlah parti baru dan carilah penyokong sebanyak mungkin.PKR tidak sedikit pun rugi jika Datuk pergi malahan PKR berjaya membuat pembersihan ke atas sisa-sisa najis yang masih melekat dalam PKR.Selepas ini pun mungkin ada lagi pemimpin yang akan angkat kaki.Berada di pentas politik selain di pentas BN amatlah perit kerana di tekan dari berbagai sudut.Pengamatan saya dari dulu tidak pernah lari jika seseorang berpindah fahaman politik khasnya dari BN kepada Pembangkang.Ahli politik hanya boleh bertahan sekiranya sekiranya mereka meninggalkan BN dan lari masuk dalam PAS.Mereka tak akan dapat bertahan jika mesuk menyeberang ke dalam mana-mana parti politik selain PAS.Berikut saya paparkan antara kesusahan yang bakal dan jika seorang parti politik berpindah dari BN ke Pembangkang.

Dulu BN kini PR
Kalau dulu duit banyak kini sebaliknya.
Dulu dapat banyak kontrak kini sebaliknya.
Dulu semua betul kini sebaliknya
Dulu di sanjung tinggi kini sebaliknya
Dulu makan lauk dan nasi sedap kini sebaliknya
Dulu selalu keluar di tv kini sebaliknya
Dulu hukum Allah tak di endah kini sebaliknya

Segala sebab di atas akan dapat di lalui dengan tenang kerana rakan dalam parti baru khususnya PAS biasa dengan keadaan ini.Jika mahu merobah keadaan mestilah sanggup menempuh onak yang garang.Datuk Zaid gagal dalam menempuh semua ranjau ini.Beliau bukanlah seorang yang berperwatakan pejuang.Dari awal lagi telah terselah ketidak mampuan beliau menahan segala asakan dan ujian.Jenis ujian bukanlah hanya dari pihak lawan sahaja tetapi juga kesetiaan kepada kawan dan parti.Datuk Zaid terlalu tinggi angan-angan hinggakan tak sabar dalam mendaki puncak.Apa pun tahniah kepada Datu Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya memandu bahtera PKR dengan penuh sabar sekali pun di landa ombak yang tak kenal mangsa.Beliau penuh cekal dalam menempuh badai yang saban hari semakin kuat.DSAI sedar bahawa setiap mereka yang ada dalam PKR mengimpikan jawatan yang tinggi.Ini kerana dasar parti yang terbuka dalam memilih pucuk pimpinan.

Terlalu ramai pimpinan PKR yang hilang daya tahan dalam meneruskan perjuangan.Kalau dulu mereka sanggup mengikuti DSAI kemana sahaja kini tidak lagi.Mereka berani mengikut kerana mahu mencuba nasib kot-kot dapat menjadi pimpinan terttinggi jika PKR menang dalam pilihan raya.Politik Malaysia belum sampai ke tahap keterbukaan sekaligus menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang menjadikan pangkat sebagai matlamat hidup.

Saturday 6 November 2010

DEMONSTRASI BUKAN AJARAN ISLAM?

Tulisan saya ini adalah respon kepada tulisan saudara Nawawi Subandi yang bertajuk DEMONSTRASI BUKAN AJARAN ISLAM.Dari cara menulis telah termaklum siapakah atau dari manakah asal pegangan politik mereka yang menulis tajuk ini.Beliau tidak pula memilih tajuk MEREKA YANG TAK SUKA DI TEGUR BUKAN SIFAT ORANG ISLAM.

Saudara Nawawi sepatutnya membandingkan sifat orang yang mengalukan teguran dan sebaliknya.Atas dasar apakah saudara Nawawi mengatakan bahawa berdemonstrasi adalah bukan ajaran Islam.Apakah demonstrasi memang di pilih oleh mereka yang tak berpuas hati dengan sesuatu isu atau memang seronok berdemonstrasi.Adakah wujud manusia yang sengaja suka berdemonstrasi?