Wednesday 24 November 2010

UMNO DAN KEBEBASAN MEDIA

Isu kebebasan Media timbul pada persidangan DUN Kedah apabila MB kedah tidak membenarkan beberapa media putar belit masuk ke dalam Dewan sidang DUN untuk membuat liputan. MB Kedah berbuat di tuduh tidak memperdulikan mangsa banjir semasa banjir baru-baru ini. Speaker hanya membenarkan beberapa media masuk untuk membuat liputan antaranya ialah Harian Sinar.

Hanya Harian Sinar yang melaporkan berita dengan adil.Tahniah dan terimakasih Harian Sinar.Apakah yang di maksudkan dengan kebebasan media di pihak UMNO.Apakah selama ini mereka tidak mendapat liputan? Sepanjang pemerhatian rakyat Malaysia Mb Kedah langsung tidak mendapat liputan sepanjang beliau turun padang meninjau mangsa banjir.Inilah politik media Malaysia di mana amalan hariannya ialah mengangkat bakul di sebelah pihak dan dalam masa yang sama membunuh pihak yang satu lagi.Mengapa ini berlaku? Ini kerana memang sifat UMNO begitu.Tak kisahlah mahu mengkritik mana-mana pihak tetapi hendaklah juga menyiarkan berita baik yang di lakukan oleh orang yang sama.

Media tidak di gunakan untuk tujuan murni tetapi untuk menyampaikan propaganda.Media yang di kuasai UMNO hanya bertindak mengekalkan atau menaikkan mereka yang kuat.Cara ini telah menyebabkan orang Melayu tidak bijak dalam menerima perbezaan pandangan.Baik media baiklah rakyat dan negara.

No comments:

Post a Comment