Monday 25 October 2010

ISU PERTUNJKAN FESYEN-FATHUL BARI TURUT TERCALIT

Bahana yang memang di ketehaui umum apabila cerdik pandai agama memasuki lubang UMNO.Dari tahu kepada tak tahu.Dari alim kepada buat tak tahu,dari nampak kepada rabun dan berbagai-bagai penyakit.Saya masih tak dapat melupakan pesanan almarhum ustaz Dato Fadhil Noor kepada Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri Anwar memasukkan diri ke dalam UMNO.Kesilapan paling besar Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu ialah bila mana beliau sanggup menjerumuskan diri ke dalam lubai tai. Pesan UstazFadhil kalau nak cuci najis cucilah dari luar bukan dengan cara memasukan diri ke dalam tong najis.

S
ebelum Fathul Bari,ustaz Firdhaus Abdullah,Dr.Marsitah Ibrahim,Kapten Bersara Najmudin Elyas,Dr.Amran Kasimin dan ramai lagi.Mereka adalah nama popular yang di ketahui umum.
Niat mereka menyertai UMNO mungkin sama dengan niat Dato Seri Anwar Ibrahim iaitu berhasrat mahu mengeluarkan UMNO dari lubang kebinasaan.Sehebat manakah mereka mahu merobah UMNO.UMNO yang di dokongi oleh mereka yang beramal dengan Islam Hadhari tak akan dapat di cuci selagi ahlinya tak kembali kepada Islam.Silap paling besar ahli UMNO ialah bila mana mereka melantik pemimpin yang mengasingkan diri dari Islam.Jika mereka mahu pada Islam mengapa mereka tidak melantik atau memilih pemimpin mereka dari kalangan ulama.UMNO juga ada ulama tetapi malang sekali kerana ulama mereka hanya untuk membaca doa di dalam majlis-majlis tertentu sahaja.

Ulama Muda.
Fathul Bari mungkin terkejut dan terangkat apabila di gelar oleh penulis UMNO sebagai ulama muda.Mudahnya bergelar ulama.Sejak bila UMNO menyanjung ulama?Adakah Fathul Bari menyertai UMNO kerana di gelar ulama muda atau memang UMNO telah mula mahu mendengar pandangan atau nasihat ulama.Jika demikianlah perubahan yang bakal berlaku di dalam UMNO maka silalah para Ulama muda atau tua beramai-ramai menyertai UMNO.Tetapi jika di amati mereka yang berada di pucuk pimpinan atau Majlis tertinggi UMNO saya rasa jauh panggang dari api.


Balik kepada isu pertunjukan fesyen yang baru berlangsung di Jakarta baru-baru ini.fathul bari adalah antara ulama muda yang mempertahankan Datin Seri Rosmah mansor daripada di serang oleh pembangkang.Samada sedar atau tidak Fathul Bari telah menghina Isteri Perdana Menteri sekali pun beliau berniat mahu mempertahan isteri orang nombor satu.Datin Seri Rosmah adalah isteri Perdana Menteri.Setiap kata-katanya wajib di ikuti dan siapa yang ingkar buruk padahnya.Adakah segala bentuk pertunjukan fesyen yang di adakan tanpa pengetahuan beliau.Adakah penganjur telah melampaui atau mengada-adakan tanpa pengetahuan Datin Seri Rosmah? Datin Seri Rosmah adalah penaung progaram tersebut.Kalau setakat tentatif program ia tidak mendatangkan apa-apa kesan atau fitnah.Sebagai penaung beliaulah yang mengatur atau menghendaki apakah bentuk pakaian yang akan di tayangkan di khlayak ramai.

Fathul Bari juga menyeru supaya menegur atau bercakap dengan lemah lembut dalam menegur isteri Perdana Menteri.Orang bukan islam juga telah sedia maklum rupa bentuk pakaian orang Islam.Soalnya ialah mengapa masih ada orang Islam yang masih tak kenal pakaian diri mereka sendiri.Bukan mudah menegur isteri orang besar apatah isteri Perdana Menteri.Mereka di kelilingi orang kuat atau orang besi.Lantas kerana itulah mereka berani berbuat apa saja.

Sunday 17 October 2010

SUSULAN KENAIKAN TARIF AIR.UMNO PARTI HIPOKRIT

Nampaknya UMNO seakan juara rakyat melalui isu kenaikan tarif air.Mereka mahu membuktikan bahawa merekalah sebenarnya juara rakyat.Mungkin mereka mahu menterjemahkan apa yang mereka slogankan UMNO adalah juara rakyat. Orang di luar UMNO memang takkan termakan dengan isu yang di canangkan kerana mereka mengikuti perkembangan politik.UMNO cuba memainkan sentimen dan menaruh harapan bahawa rakyat akan tertarik dan termakan dengan isu air.

Rakyat yang sentiasa berada di belakang PAS dan PR sedaya upaya membantu mempertahankan kerajaan negeri dan memperjelaskan apa yang ada di sebalik isu kenaikan tarif air.Masalahnya ialah apakah tindakan parti seterusnya dalam memberi kefahaman kepada mereka yang berada di luar parti?Adakah mereka akan terus menggunakan jalan ceramah di markas-markas? Bagi saya jalan itu adalah plan ke dua dan PAS perlu mencari dan menceburi jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

UMNO tak kisah samada apa yang mereka isukan benar atau salah.Mereka berani mengisukan sesuatu kerana bagi mereka itulah asam garam politik.Orang PAS berani menegur pemimpin manakala UMNO hanya bertindak menjadi pak turut dan pak karut.UMNO berpegang dengan ayat hendaklah kamu patuh kepada pemimpin dan jangan kamu durhaka manakala PAS pula berpegang dengan ayat patuhlah kamu akan pemimpin kamu selagi mereka patuh kepada perintah Allah.

Apakah ada kedengaran bantahan dan kemarahan dari pemimpin UMNO kedah apabila pemimpin mereka menaikkan harga minyak yang sekaligus menyebabkan lain-lain barang turut naik.Kenaikan lain-lain barang telah menjangkau 100%.Kenaikan harga barang jualah yang telah menyebabkan meningkatnya indek jenayah seperti samun dan bunuh.Masyarakat terpaksa memerah tenaga dalam mencari rezeki dan menyara hidup keluarga.Bukankah ini semua angkara pemimpin UMNO.Bolehlah di simpulkan bahawa UMNO adalah juara hipokrit.Masihkah ada rakyat yang masih terpengaruh dengan muka hipokrit Badrul Hisham Hashim?.Walaupun barangkali amat sedikit rakyat yang terpengaruh,jentera PAS di kebanyakan peringkat hendaklah membantu kerajaan negeri memberi penerangan dan mematahkan isu yang cuba di mainkan oelh mereka yang hipokrit.

Tuesday 12 October 2010

UMNO MUKA TAK MALU

Berpura-pura mahu menjadi juara rakyat adalah usaha atau jalan yang terpaksa UMNO tempuhi untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya yang memperjuangkan nasib rakyat.Bagirakyat yang mengikuti perkembangan politik sememangnya tiada isu yang mereka boleh guna untuk menghentam PAS.Oleh kerana mereka masih berharap masih ada yang mahu mendengar suara atau pembohongan mereka maka mereka terpaksa memberanikan diri mencipta isu untuk menarik perhatian rakyat.UMNO bukanlah mahluk yang layak bercakap tentang kenaikan harga barang.Mereka hanya layak di gelar pak turut atau lembu yang telah di cucuk hidung.

Isu air.
Mengapa hendak di isukan kenaikan tarif air sedangkan hanya melibatkan dua tiga ringgit pertambahan dalam sebulan.Mengapa mereka hanya menjadi pak turut apabila kerajaan pusat menaikkan harga barang-barang keperluan harian kerana ia melibatkan pertambahan kos harian mencecah ratusan ringgit sebulan.