Sunday 17 October 2010

SUSULAN KENAIKAN TARIF AIR.UMNO PARTI HIPOKRIT

Nampaknya UMNO seakan juara rakyat melalui isu kenaikan tarif air.Mereka mahu membuktikan bahawa merekalah sebenarnya juara rakyat.Mungkin mereka mahu menterjemahkan apa yang mereka slogankan UMNO adalah juara rakyat. Orang di luar UMNO memang takkan termakan dengan isu yang di canangkan kerana mereka mengikuti perkembangan politik.UMNO cuba memainkan sentimen dan menaruh harapan bahawa rakyat akan tertarik dan termakan dengan isu air.

Rakyat yang sentiasa berada di belakang PAS dan PR sedaya upaya membantu mempertahankan kerajaan negeri dan memperjelaskan apa yang ada di sebalik isu kenaikan tarif air.Masalahnya ialah apakah tindakan parti seterusnya dalam memberi kefahaman kepada mereka yang berada di luar parti?Adakah mereka akan terus menggunakan jalan ceramah di markas-markas? Bagi saya jalan itu adalah plan ke dua dan PAS perlu mencari dan menceburi jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

UMNO tak kisah samada apa yang mereka isukan benar atau salah.Mereka berani mengisukan sesuatu kerana bagi mereka itulah asam garam politik.Orang PAS berani menegur pemimpin manakala UMNO hanya bertindak menjadi pak turut dan pak karut.UMNO berpegang dengan ayat hendaklah kamu patuh kepada pemimpin dan jangan kamu durhaka manakala PAS pula berpegang dengan ayat patuhlah kamu akan pemimpin kamu selagi mereka patuh kepada perintah Allah.

Apakah ada kedengaran bantahan dan kemarahan dari pemimpin UMNO kedah apabila pemimpin mereka menaikkan harga minyak yang sekaligus menyebabkan lain-lain barang turut naik.Kenaikan lain-lain barang telah menjangkau 100%.Kenaikan harga barang jualah yang telah menyebabkan meningkatnya indek jenayah seperti samun dan bunuh.Masyarakat terpaksa memerah tenaga dalam mencari rezeki dan menyara hidup keluarga.Bukankah ini semua angkara pemimpin UMNO.Bolehlah di simpulkan bahawa UMNO adalah juara hipokrit.Masihkah ada rakyat yang masih terpengaruh dengan muka hipokrit Badrul Hisham Hashim?.Walaupun barangkali amat sedikit rakyat yang terpengaruh,jentera PAS di kebanyakan peringkat hendaklah membantu kerajaan negeri memberi penerangan dan mematahkan isu yang cuba di mainkan oelh mereka yang hipokrit.

No comments:

Post a Comment