Sunday 26 September 2010

MAHATHIR BAPA PEMECAH BELAH.

Tun Mahathir dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adala dua insan berbeza.Sama mahluk Allah tapi memiliki dua karektor berbeza.Tun Mahathir adalah mantan perdana menteri Malaysia dan TGNA adalah Menteri Besar Kelantan hingga kini.TGNA adalah pelopor kebangkita Islam di Malaysia manakala Tun Mahathir adalah pelopor menghalang kebangkitan Islam.TGNA adalah pengamal Islam tulin manakala Tun Mahathir adalah bapa sikular tulin.TGNA hidupnya penuh dengan zuhud manakala Tun M pula bersalut dengan segala kemewahan.

Manusia yang jahil mengatakan semua manusia adalah sama manakala manusia berilmu mengatakan setiap manusia adalah berbeza.Allah menciptakan manusia berbeza-beza dan ada kelebihan dan kekurangan mengikut apa yang di kehendaki oleh sang Maha Pencipta.Mahathir mungkin mengatakan yang TGNA adalah sama dengan beliau lantas mengatakan bahawa TGNA adalah manusia yang tamakkan kuasa.Tiga Perdana menteri sebelum Tun M memiliki perwatakan yang sederhana manakala Tun M memiliki perwatakan yang sebaliknya. Sesetengah rakyat Malaysia barang kali tidak menafikan sumbangan beliau dalam mentadbir negara.Beliau amat hebat berpidato dan juga hebat mengamalkan sikap diktator.Di zaman beliau tiada pengkritik dasarnya melainkan PAS.Sahabat yang sama perahu dengannya akan di anggap pengkhianat negara jika melemparkan kritikan terhadap dasarnya.Di zaman Mahathir orang UMNO tak berani memakai kopiah putih kerana takut di katakan orang PAS.Mereka sangat taksub dengan songkok hitam.Beliau juga tidak pernah melayan permintaan pemimpin PAS yang mahu berjumpa dengan beliau.ISA di gunakan sewenang-wenangnya untuk mengekalkan kuasa politik beliau dan partinya.Pemusatan Kuasa yang amat ketara berlaku di zaman beliau.

Sekolah Agama Rakyat bukan sedikit di tutup pada zaman pemerintahan Tun M.Sumbangan yang amat sedikit dari kerajaan kepada SAR pun di tarik balik gara-gara kerana beliau menghidu kebangkitan Islam.Beliah tidak memiliki akal yang sihat terhadap Islam.Tidak cukup dengan penarikan balik bantuan kepada SAR Tun M juga mengatakan bahawa SAR melahirkan pengganas.Pelajar sekolah agama sering di katakan berfikiran jumut dan anti pembangunan.Oleh kerana dasarnya yang tidak selari dengan Islam maka beliau juga pernah mencadangkan supaya Al Quran di pinda.Kilang arak dan pusat judi di Genting Highland di di halalkan di zaman beliau.Inilah antara sifat manusia yang bernama Mahathir Mohamad.

TGNA telah di ketahui umum akan kewarakkannya.Tiada orang PAS yang meminta beliau turun dari tampuk pemerintahan samada sebagai Menteri Besar atau Murshidul Am PAS.Beliau akan terus di minyta berada di situ selagi beliau ada di dunia ini.Beliau adalah ikon islam di negara ini. Beliau berani bercakap asalkan untuk mendepani Islam.Beliau tidak di sukai oleh orang UMNO kerana kesungguhan dan istiqomahnya dalam memperjuangkan Islam di negara ini."Salah TGNA hanyalah bilaman beliau mengatakan Islam adalah penyelesaian segala Masalah".Beliau pernah menawarkan kepada UMNO yang PAS akan di bubarkan jika UMNO mahu menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.Beliau akan mengajak semua orang PAS menyertai UMNO jika UMNO benar-benar mahu beramal dengan Islam.

TGNA TAMAKKAN KUASA.
Bukan semua yang menjadi pemimpin tamakkan kuasa seperti Tun M.Pemimpin zaman Khulafa Arrashidin telah membuktikannya.Mereka menolak apabila di minta menjadi khalifah kerana mereka tahu risiko yang bakal di hadapi.Mereka hanya menerima pelawaan menjadi pemimpin negara atas dasar mahu memelihara syariat Islam.Dengan cara kehidupan sekarang tiada siapa yang termakan kata-kataTun M yang mengatakan TGNA tamakkan kuasa.Tun M berkata demikian barangkali beliau baru sedar akan perangai buruknya semasa menjadi Perdana Menteri.

Pesanan."semasa hidup jangan sekali kali membuat kerosakan dan memutuskan silaturrahim kerana di khuatiri tiada manusia yang sudi memaafkan kesalahan kita sekalipun kita tiada lagi di muka bumi ini.jangan sekali-kali memperkecilkan kemampuan Allah mencipta alam ini semata-mata mahu menikmati nikmat yang amat sedikit".

Saturday 25 September 2010

TAIB MAHMUD DAN SARAWAK.

Telah 30 tahun Taib Mahmud memerintah Sarawak.Sarawak maju sekali pun tak semaju Semenanjung malaysia.Jika kita mejejaki kaki di lapangan terbang Kuching kita akan dapat saksikan bagitu pesatnya Sarawak membangun.

Bagi kami dari kaum Bumiputra Sarawak tiada apa yang hendak di banggakan.Pembangunan hanyalah sebuah mimpi ngeri bagi kami rakyat bumiputera.Apa tidaknya,99% peratus bangunan pencakar langit atau hasil mahsul bumi Sarawak semuanya jatuh ke tangan bukan bumiputera.Kami tidak menyalahkan mereka yang pandai merebut peluang tetapi kami menyalahkan pemimpin kami.Mereka hanya mementingka perut mereka sahaja.Mereka boleh mengekalkan kuasa berpenggal lamanya tetapi tak mampu membangunkan bangsa sendiri.Akhirnya terjadilah apa yang di katakan "menang sorak kampung tergadai".Semua tanah adat habis jatuh ke tangan orang bukan Bumiputera.Hidup kami amat malang sekali.Hanya wakil rakyat sahaja yang senang lenang itu pun hanya beberapa kerat sahaja.Mereka tidak mahu meluangka masa bagaimana mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Penduduk Bumiputera juga amat jauh dari kemajuan.Bahkan masih banyak rumah panjang yang masih belum mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik sekali pun rumah mereka di tepi jalan.Mereka telah mengundi BN sejak berkurun lamanya.Mereka di perbodohkan sepanjang zaman.Tawaran untuk mereka mengundi BN hanyalah RM50 sahaja.Sarawak masih mengamalkan sogokan RM50 untuk terus mengekalkan kuasa.Kasihan rakyat bumiputera Sarawak.Mereka menjadi bahan permainan oleh pemimpin mereka sendiri.

walau bagaimana pun politik Sarawak agak komplek untuk di dedahkan.Ia ibarat " di telan mati emak di luah mati bapak"