Saturday 25 September 2010

TAIB MAHMUD DAN SARAWAK.

Telah 30 tahun Taib Mahmud memerintah Sarawak.Sarawak maju sekali pun tak semaju Semenanjung malaysia.Jika kita mejejaki kaki di lapangan terbang Kuching kita akan dapat saksikan bagitu pesatnya Sarawak membangun.

Bagi kami dari kaum Bumiputra Sarawak tiada apa yang hendak di banggakan.Pembangunan hanyalah sebuah mimpi ngeri bagi kami rakyat bumiputera.Apa tidaknya,99% peratus bangunan pencakar langit atau hasil mahsul bumi Sarawak semuanya jatuh ke tangan bukan bumiputera.Kami tidak menyalahkan mereka yang pandai merebut peluang tetapi kami menyalahkan pemimpin kami.Mereka hanya mementingka perut mereka sahaja.Mereka boleh mengekalkan kuasa berpenggal lamanya tetapi tak mampu membangunkan bangsa sendiri.Akhirnya terjadilah apa yang di katakan "menang sorak kampung tergadai".Semua tanah adat habis jatuh ke tangan orang bukan Bumiputera.Hidup kami amat malang sekali.Hanya wakil rakyat sahaja yang senang lenang itu pun hanya beberapa kerat sahaja.Mereka tidak mahu meluangka masa bagaimana mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Penduduk Bumiputera juga amat jauh dari kemajuan.Bahkan masih banyak rumah panjang yang masih belum mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik sekali pun rumah mereka di tepi jalan.Mereka telah mengundi BN sejak berkurun lamanya.Mereka di perbodohkan sepanjang zaman.Tawaran untuk mereka mengundi BN hanyalah RM50 sahaja.Sarawak masih mengamalkan sogokan RM50 untuk terus mengekalkan kuasa.Kasihan rakyat bumiputera Sarawak.Mereka menjadi bahan permainan oleh pemimpin mereka sendiri.

walau bagaimana pun politik Sarawak agak komplek untuk di dedahkan.Ia ibarat " di telan mati emak di luah mati bapak"

No comments:

Post a Comment