Sunday 5 December 2010

PENCAPAIAN DI UTAMAKAN RAKYAT DI KORBANKAN

Kenaikan harga barang yang tanpa henti menandakan bahawa UMNO dan BN telah menempah satu lagi lorong untuk di nyahkan dari persada kerusi pemerintahan.Bongkak dan penuh perli mereka tanpa belas kasihan telah berbuat sesuka hati dalam negara ini.PM nampaknya telah mula hilang akal dalam mentadbir negara.Tidakkah beliau tahu bahawa ada rakyat yang menyumpah dalam kenaikan harga barang.

PM jangan ingat bahawa pendapatan rakyat sama dengan pendapatan beliau.Memanglah kenaikan harga barang tidak membebankan beliau dan sekitunya dalam pemerintahan.pendapatan beliau mencecah ratusan ribu ringgit sebulan manakala rakyat masih ada yang makan tak berlauk.Sungguh hatinya telah keras sekeras batu.ingat PM bahawa kami pasti akan menuntut mu di akhirat nanti.PM tidak memrlukan wang untuk bergerak ke sana ke mari bahkan beliau mendapat elaun.Ini tidak berlaku kepada rakyat di mana rakyat terpaksa mencari sendiri untuk meneruskan kehidupan.Apa maknanya kemajuan sedangkan bukan semua rakyat dapat menikmati kemajuan.Apa gunanya kemajuan sedangkan dalam masa yang sama masih ramai rakyat yang terlantar tidak cukup makan.

Adakah PM mengkaji akan kesan sampingan akibat kenaikan harga barang yang melampau? Antara kesan sampingan yang tak dapat di elakkan ialah;

1] Kadar jenayah meningkat
Rakyat yang merasakan hidupnya tertekan pasti akan mencari jalan pintas untuk mencari makan.Bukan semua rakyat ada pekerjaan dan berpendidikan tinggi.Jisteru mereka yang tertinggal pasti mahu turut serta hidup seperti orang lain.

2] gejala sosial meningkat.
Anak gadis yang tidak ada pekerjaan tetap di khuatiri juga mengambil jalan pintas untuk mendapatkan perbelanjaan harian.Mereka mudah terjerumus ke lembah hina kerana mengejar kehidupan lantas di ambil kesempatan oleh mereka yang tidak berhati perut.Mereka akan berbuat apa sahaja asalkan dapat wang.

3] Negara terdedah kepada sistem kapitalis
Kenaikan barang yang melampau juga di khuatiri akan menjarakkan status kehidupan masyarakat.Yang miskin semakin miskin sementara yang kaya akan menjadi semakin kaya.Ini sekali gus akan menjadikan negara yang bersaskan sistem kasta.Apa pun yang berlaku di dalam sesebuah negara maka pemimpin akan di pertanggungjawabkan.