Saturday 26 June 2010

ULAMA MUDA SERTAI UMNO

Apa beza ulama muda dan ulama tua.Mengapa UMNO menamakan mereka ulama Muda? Apakah suara ulama tua telah berjaya merobah UMNO yang beramal dengan dasar sikular. apakah suara ulama muda lebih nyaring ngaumannya jika di bandingkan dengan ulama tua yang telah sekian lama berada dalam UMNO.Apakah ulama tua dan ulama muda dalam UMNO tidak menemui hadis atau ayat Quran yang memerintahkan agar orang Islam memilih pemimpin yang beramal dengan Islam. Pemimpin tidak semestinya ulama tetapi mesti beramal dengan Islam. Apakah kemasukan ulama muda ke dalam UMNO bertujuan mahu merobah UMNO menjadi lebih Islamik.Jangan mimpi kerana pecacai yang ada di sekeling UMNO tidak akan membiarkan ulama dan Islam menguasai UMNO. Sebelum ini UMNO ada Ustaz Firdaus Jaafar,Nakhaie Ahmad,Hamid Osman,Yusuf Noor,Zainal Abidin Abdul Kadir,Hamid Zainal Abidin dan banyak lagi. Apakah mereka ini tidak memiliki ilmu yang mencukupi bahkan ada yang bergelar Doktor. Ulama yang di bawa masuk menyertai UMNO telah di jadikan jalan untuk mengelirukan mereka yang tidak belajar agama. Bahkan tidak keterlaluan jika di katakan mereka inilah yang menyesatkan sesetengah umat Islam.

UMNO jika benar mahu mendaulatkan Islam dan ulama tidak ada masalah untuk mereka berbuat demikian.Mereka boleh mempromosikan Islam dengan berbagai cara. Dengan populasi penduduk Islam yang begitu ramai dan suasana yang aman mereka tiada masalah untuk menerangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam.Mereka lebih menumpukan kepada mempertahankan UMNO kerana dengan UMNO mereka boleh terus kenyang.Selagi masyarakat menyokong UMNO selagi itulah mereka akan bernaung di bawahnya.Mereka bongkak semasa kuat tetapi berpura-pura baik bila tertekan.Mereka kononnya bersama ulama dan pejuang Islam. Poorah UMNO.Selagi pemimpin yang memegang tampuk terdidri daripada mereka yang masam-masam manis selagi itulah mereka bermuka-muka.

Pada ulama muda "tepuk dada tanyalah iman"