Monday 22 November 2010

BIARKAN ZAID IBRAHIM PERGI

Pergilah Zaid kemana kamu nak pergi.Kalau kamu rasa kuat tubuhlah parti baru dan carilah penyokong sebanyak mungkin.PKR tidak sedikit pun rugi jika Datuk pergi malahan PKR berjaya membuat pembersihan ke atas sisa-sisa najis yang masih melekat dalam PKR.Selepas ini pun mungkin ada lagi pemimpin yang akan angkat kaki.Berada di pentas politik selain di pentas BN amatlah perit kerana di tekan dari berbagai sudut.Pengamatan saya dari dulu tidak pernah lari jika seseorang berpindah fahaman politik khasnya dari BN kepada Pembangkang.Ahli politik hanya boleh bertahan sekiranya sekiranya mereka meninggalkan BN dan lari masuk dalam PAS.Mereka tak akan dapat bertahan jika mesuk menyeberang ke dalam mana-mana parti politik selain PAS.Berikut saya paparkan antara kesusahan yang bakal dan jika seorang parti politik berpindah dari BN ke Pembangkang.

Dulu BN kini PR
Kalau dulu duit banyak kini sebaliknya.
Dulu dapat banyak kontrak kini sebaliknya.
Dulu semua betul kini sebaliknya
Dulu di sanjung tinggi kini sebaliknya
Dulu makan lauk dan nasi sedap kini sebaliknya
Dulu selalu keluar di tv kini sebaliknya
Dulu hukum Allah tak di endah kini sebaliknya

Segala sebab di atas akan dapat di lalui dengan tenang kerana rakan dalam parti baru khususnya PAS biasa dengan keadaan ini.Jika mahu merobah keadaan mestilah sanggup menempuh onak yang garang.Datuk Zaid gagal dalam menempuh semua ranjau ini.Beliau bukanlah seorang yang berperwatakan pejuang.Dari awal lagi telah terselah ketidak mampuan beliau menahan segala asakan dan ujian.Jenis ujian bukanlah hanya dari pihak lawan sahaja tetapi juga kesetiaan kepada kawan dan parti.Datuk Zaid terlalu tinggi angan-angan hinggakan tak sabar dalam mendaki puncak.Apa pun tahniah kepada Datu Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya memandu bahtera PKR dengan penuh sabar sekali pun di landa ombak yang tak kenal mangsa.Beliau penuh cekal dalam menempuh badai yang saban hari semakin kuat.DSAI sedar bahawa setiap mereka yang ada dalam PKR mengimpikan jawatan yang tinggi.Ini kerana dasar parti yang terbuka dalam memilih pucuk pimpinan.

Terlalu ramai pimpinan PKR yang hilang daya tahan dalam meneruskan perjuangan.Kalau dulu mereka sanggup mengikuti DSAI kemana sahaja kini tidak lagi.Mereka berani mengikut kerana mahu mencuba nasib kot-kot dapat menjadi pimpinan terttinggi jika PKR menang dalam pilihan raya.Politik Malaysia belum sampai ke tahap keterbukaan sekaligus menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang menjadikan pangkat sebagai matlamat hidup.

No comments:

Post a Comment