Sunday, 26 September 2010

MAHATHIR BAPA PEMECAH BELAH.

Tun Mahathir dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adala dua insan berbeza.Sama mahluk Allah tapi memiliki dua karektor berbeza.Tun Mahathir adalah mantan perdana menteri Malaysia dan TGNA adalah Menteri Besar Kelantan hingga kini.TGNA adalah pelopor kebangkita Islam di Malaysia manakala Tun Mahathir adalah pelopor menghalang kebangkitan Islam.TGNA adalah pengamal Islam tulin manakala Tun Mahathir adalah bapa sikular tulin.TGNA hidupnya penuh dengan zuhud manakala Tun M pula bersalut dengan segala kemewahan.

Manusia yang jahil mengatakan semua manusia adalah sama manakala manusia berilmu mengatakan setiap manusia adalah berbeza.Allah menciptakan manusia berbeza-beza dan ada kelebihan dan kekurangan mengikut apa yang di kehendaki oleh sang Maha Pencipta.Mahathir mungkin mengatakan yang TGNA adalah sama dengan beliau lantas mengatakan bahawa TGNA adalah manusia yang tamakkan kuasa.Tiga Perdana menteri sebelum Tun M memiliki perwatakan yang sederhana manakala Tun M memiliki perwatakan yang sebaliknya. Sesetengah rakyat Malaysia barang kali tidak menafikan sumbangan beliau dalam mentadbir negara.Beliau amat hebat berpidato dan juga hebat mengamalkan sikap diktator.Di zaman beliau tiada pengkritik dasarnya melainkan PAS.Sahabat yang sama perahu dengannya akan di anggap pengkhianat negara jika melemparkan kritikan terhadap dasarnya.Di zaman Mahathir orang UMNO tak berani memakai kopiah putih kerana takut di katakan orang PAS.Mereka sangat taksub dengan songkok hitam.Beliau juga tidak pernah melayan permintaan pemimpin PAS yang mahu berjumpa dengan beliau.ISA di gunakan sewenang-wenangnya untuk mengekalkan kuasa politik beliau dan partinya.Pemusatan Kuasa yang amat ketara berlaku di zaman beliau.

Sekolah Agama Rakyat bukan sedikit di tutup pada zaman pemerintahan Tun M.Sumbangan yang amat sedikit dari kerajaan kepada SAR pun di tarik balik gara-gara kerana beliau menghidu kebangkitan Islam.Beliah tidak memiliki akal yang sihat terhadap Islam.Tidak cukup dengan penarikan balik bantuan kepada SAR Tun M juga mengatakan bahawa SAR melahirkan pengganas.Pelajar sekolah agama sering di katakan berfikiran jumut dan anti pembangunan.Oleh kerana dasarnya yang tidak selari dengan Islam maka beliau juga pernah mencadangkan supaya Al Quran di pinda.Kilang arak dan pusat judi di Genting Highland di di halalkan di zaman beliau.Inilah antara sifat manusia yang bernama Mahathir Mohamad.

TGNA telah di ketahui umum akan kewarakkannya.Tiada orang PAS yang meminta beliau turun dari tampuk pemerintahan samada sebagai Menteri Besar atau Murshidul Am PAS.Beliau akan terus di minyta berada di situ selagi beliau ada di dunia ini.Beliau adalah ikon islam di negara ini. Beliau berani bercakap asalkan untuk mendepani Islam.Beliau tidak di sukai oleh orang UMNO kerana kesungguhan dan istiqomahnya dalam memperjuangkan Islam di negara ini."Salah TGNA hanyalah bilaman beliau mengatakan Islam adalah penyelesaian segala Masalah".Beliau pernah menawarkan kepada UMNO yang PAS akan di bubarkan jika UMNO mahu menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.Beliau akan mengajak semua orang PAS menyertai UMNO jika UMNO benar-benar mahu beramal dengan Islam.

TGNA TAMAKKAN KUASA.
Bukan semua yang menjadi pemimpin tamakkan kuasa seperti Tun M.Pemimpin zaman Khulafa Arrashidin telah membuktikannya.Mereka menolak apabila di minta menjadi khalifah kerana mereka tahu risiko yang bakal di hadapi.Mereka hanya menerima pelawaan menjadi pemimpin negara atas dasar mahu memelihara syariat Islam.Dengan cara kehidupan sekarang tiada siapa yang termakan kata-kataTun M yang mengatakan TGNA tamakkan kuasa.Tun M berkata demikian barangkali beliau baru sedar akan perangai buruknya semasa menjadi Perdana Menteri.

Pesanan."semasa hidup jangan sekali kali membuat kerosakan dan memutuskan silaturrahim kerana di khuatiri tiada manusia yang sudi memaafkan kesalahan kita sekalipun kita tiada lagi di muka bumi ini.jangan sekali-kali memperkecilkan kemampuan Allah mencipta alam ini semata-mata mahu menikmati nikmat yang amat sedikit".

Saturday, 25 September 2010

TAIB MAHMUD DAN SARAWAK.

Telah 30 tahun Taib Mahmud memerintah Sarawak.Sarawak maju sekali pun tak semaju Semenanjung malaysia.Jika kita mejejaki kaki di lapangan terbang Kuching kita akan dapat saksikan bagitu pesatnya Sarawak membangun.

Bagi kami dari kaum Bumiputra Sarawak tiada apa yang hendak di banggakan.Pembangunan hanyalah sebuah mimpi ngeri bagi kami rakyat bumiputera.Apa tidaknya,99% peratus bangunan pencakar langit atau hasil mahsul bumi Sarawak semuanya jatuh ke tangan bukan bumiputera.Kami tidak menyalahkan mereka yang pandai merebut peluang tetapi kami menyalahkan pemimpin kami.Mereka hanya mementingka perut mereka sahaja.Mereka boleh mengekalkan kuasa berpenggal lamanya tetapi tak mampu membangunkan bangsa sendiri.Akhirnya terjadilah apa yang di katakan "menang sorak kampung tergadai".Semua tanah adat habis jatuh ke tangan orang bukan Bumiputera.Hidup kami amat malang sekali.Hanya wakil rakyat sahaja yang senang lenang itu pun hanya beberapa kerat sahaja.Mereka tidak mahu meluangka masa bagaimana mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Penduduk Bumiputera juga amat jauh dari kemajuan.Bahkan masih banyak rumah panjang yang masih belum mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik sekali pun rumah mereka di tepi jalan.Mereka telah mengundi BN sejak berkurun lamanya.Mereka di perbodohkan sepanjang zaman.Tawaran untuk mereka mengundi BN hanyalah RM50 sahaja.Sarawak masih mengamalkan sogokan RM50 untuk terus mengekalkan kuasa.Kasihan rakyat bumiputera Sarawak.Mereka menjadi bahan permainan oleh pemimpin mereka sendiri.

walau bagaimana pun politik Sarawak agak komplek untuk di dedahkan.Ia ibarat " di telan mati emak di luah mati bapak"

Saturday, 17 July 2010

Ketua Penerangan UMNO Kedah tak pandai berpolitik

Amat malang sekali UMNO Kedah kerana memiliki Ketua Penerangan yang sebodoh Datuk Nawawi Ahmad.Rakyat Kedah telah menyaksikan kebodohan cara berpolitik beliau sejak PAS mengepalai PR memerintah negeri Kedah. statement demi statement yang di keluarkan dalam media masa telah menggambarkan bahawa beliau memang seorang politikus yang bodoh. kebodohan beliau yang pertama di tonjolkan melalui kes korek pasir di Langkawi.Beliau mengatakan yang PAS tak pandai mentadbir gara-gara kes menjual pasir.Masa itu PAS baru mengambil alih negeri Kedah selama seminggu.Apabila di selidik rupanya beliau sendiri terlibat dalam kes mengorek pasir.

Saturday, 26 June 2010

ULAMA MUDA SERTAI UMNO

Apa beza ulama muda dan ulama tua.Mengapa UMNO menamakan mereka ulama Muda? Apakah suara ulama tua telah berjaya merobah UMNO yang beramal dengan dasar sikular. apakah suara ulama muda lebih nyaring ngaumannya jika di bandingkan dengan ulama tua yang telah sekian lama berada dalam UMNO.Apakah ulama tua dan ulama muda dalam UMNO tidak menemui hadis atau ayat Quran yang memerintahkan agar orang Islam memilih pemimpin yang beramal dengan Islam. Pemimpin tidak semestinya ulama tetapi mesti beramal dengan Islam. Apakah kemasukan ulama muda ke dalam UMNO bertujuan mahu merobah UMNO menjadi lebih Islamik.Jangan mimpi kerana pecacai yang ada di sekeling UMNO tidak akan membiarkan ulama dan Islam menguasai UMNO. Sebelum ini UMNO ada Ustaz Firdaus Jaafar,Nakhaie Ahmad,Hamid Osman,Yusuf Noor,Zainal Abidin Abdul Kadir,Hamid Zainal Abidin dan banyak lagi. Apakah mereka ini tidak memiliki ilmu yang mencukupi bahkan ada yang bergelar Doktor. Ulama yang di bawa masuk menyertai UMNO telah di jadikan jalan untuk mengelirukan mereka yang tidak belajar agama. Bahkan tidak keterlaluan jika di katakan mereka inilah yang menyesatkan sesetengah umat Islam.

UMNO jika benar mahu mendaulatkan Islam dan ulama tidak ada masalah untuk mereka berbuat demikian.Mereka boleh mempromosikan Islam dengan berbagai cara. Dengan populasi penduduk Islam yang begitu ramai dan suasana yang aman mereka tiada masalah untuk menerangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam.Mereka lebih menumpukan kepada mempertahankan UMNO kerana dengan UMNO mereka boleh terus kenyang.Selagi masyarakat menyokong UMNO selagi itulah mereka akan bernaung di bawahnya.Mereka bongkak semasa kuat tetapi berpura-pura baik bila tertekan.Mereka kononnya bersama ulama dan pejuang Islam. Poorah UMNO.Selagi pemimpin yang memegang tampuk terdidri daripada mereka yang masam-masam manis selagi itulah mereka bermuka-muka.

Pada ulama muda "tepuk dada tanyalah iman"

Friday, 28 May 2010

MCA DAN MIC DALAM BN DAN DAP DAN PKR DALAM PR

Perkembangan politik mutakhir ini amat menarik dan menorong saya sebagai pemerhati baru yang baru belajar dalam menganalisis perkembangan politik tanah air. Sebagai seorang rakyat perlu rasanya kita memerhati dari dekat agar kita mengetahui kemanakah hala tuju politik negara. Kemanakah nakhoda memandu stering negara dan siapakah ulil amri yang sedia ada. jika rakyat mahukan hidup yang berkualiti mereka haruslah mendekatkan diri sedekat-dekatnya akan perkembangan arus politik tanah air

Sunday, 28 March 2010

Ezam mula menjilat

"Kesian Ezam" itulah perasaan saya apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut beliau semasa menonoton berita TV3 pukul 8.00 malam. Bukan main pujian yang di berikan kepada Perdana Menteri. "hebat dan ihklas" katanya kepada PM. PM seharusnya takut kepada pengikut yang seperti ini. Pandai bermuka-muka dan menggambarkan sikap seorang munafik. Kalau dulu beilau seorang yang pernah mencabar PM bertanding dalam Parlimen Pekan dan menghentam isteri beliau kerana boros dan menghabiskan wang rakyat. Mengapa Ezam, apa sudah jadi dengan kamu? Hidup tanpa iman memang begitulah rupanya.

Monday, 1 March 2010

Peribumu Sarawak bakal jadi seperti Red Indian di Amerika.

Sewaktu mula-mula meninggalkan bumi sarawak sekitar tahun 1989, saya tak merasa apa-apa tentang bumi tercinta saya. Kali terakhir saya kembali ke kampung halaman saya di Punggu dadak ialah pada 28hb.Januari 2010. saya balik kerana menziarahi makam ayah yang meninggal pada hari yang sama.

Sepanjang berada di Sarawak selama empat hari banyak penemuan yang saya perolehi dan analisis tentang pemerintahan Taib Mahmud. Kalau tak silap beliau memerintah hampir tiga dekad. sebelum saya mengambil tahu tentang peranan orang politik di dalam pentadbiran sesebuah negeri atau negara, saya merasa bangga kerana beliau adalah dari parti Barisan Nasional.Kebetulan pada waktu itu saya adalah salah seorang yang di golongkan di kalangan pengundi RM50.00. Kesedaran untuk mengeluarkan diri dari terus tersenarai di kalangan pengundi yang di beli dengan harga hanya RM50 apabila saya berhijrah ke Semenanjung Malaysia. Di waktu itu saya kerap datang ke ceramah parti politik yang di anjurkan oleh PAS di samping mendengar media propaganda BN yang di pimpin oleh UMNO.